Friday, January 28, 2011

Pertama kali bermanik

Hi peeps


Kali pertama saya jatuh cinta dengan manik adalah dengan melihat baju kepunyaan orang lain yg bergemerlipan, so saya dan rakan saya telah sama2 mencuba menjahit manik di baju kerja masing-masing. Masa tu kami buat di office, di lengan sahaja jahit yg paling simple..letak rice beads dan jahit beriring, jadilah kat lengan tu...dah tu syok pulak nak try kat baju yg lain so buatlah lagi kali ni cuba lagi dengan melihat di internet apa sahaja corak kami cuba cantik ke tidak itu bukan nya ukuran janji happy tgk baju sendiri ada labuci dan manik.


Kemudian saya dengan gigih telah mencari buku RJ yang tebal tu di merata tempat especially dia MPH susah betul nak jumpa time tu, last2 saya kena order di MPH Midvalley dan pergi malam tu jugak sebab dah teruja sangat nak tgk apa yang ada dalam buku tu. Bila dapat saya cuba jugak ikut dalam buku tu tapiii rasanya kena practical.


Saya mmg tak pernah pergi mana2 kelas utk belajar menjahit manik dan labuci ni tapi oleh kerana minat saya bersungguh melihat beaders2 yang lain bermanikan. Saya cuma melihat di internet, majalan, akhbar dan buku-buku sahaja utk mempelajari menjahit manik ini. Alhamdulillah hari ini dapat jugak saya mengambil sedikit tempahan utk rakan-rakan seperjuangan. Pelanggan sejauh dari UK, Singapore, seluruh Malaysia mempercayai saya utk menjahit baju mereka walaupun dengan rekaan yang simple sahaja.


Terima kasih pada semua yang memberi sokongan.


~maniquechantique~



Thursday, January 27, 2011